Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) ditubuhkan sebagai pemegang taruh amanah dan hasrat Jawatankuasa Pelajaran MAIPs dalam pembangunan serta perubahan gaya fikir melalui pendidikan. Ini kerana, setelah diamati dan melalui perbincangan yang panjang, MAIPs melalui Jawatankuasa Pelajaran ingin mengambil peluang untuk bergabung tenaga bagi membangunkan kembali kecemerlangan pendidikan di Perlis melalui Agihan Holistik MAIPs. FCoEE juga ditempatkan di bawah penempatan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).
Menyahut hasrat DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra sebagai Penaung DiRaja FCoEE, FCoEE telah ditubuhkan pada bulan Disember 2021 dengan membawa nama Faizuddin Center of Excellence sebagai jentera penggerak. Pusat ini kemudian dijenamakan semula pada pertengahan 2022 kepada Faizuddin Centre of Educational Excellence agar misi penubuhan lebih jelas dan terancang kepada pembangunan pendidikan di Perlis.
Pada tahun 2025, Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) telah diperbadankan sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan atau Company Limited by Guarantee (CLBG) di bawah Akta Syarikat 2016, menandakan satu langkah penting dalam usaha memperkasa pendidikan berkualiti tinggi. Sebagai organisasi tanpa keuntungan, FCoEE bertekad untuk menjadi peneraju dalam melahirkan generasi pelajar yang cemerlang melalui program-program inovatif, kerjasama rakan strategik dengan institusi pendidikan, agensi awam dan swasta sama ada dalam dan luar negara serta pelaksanaan inisiatif yang berteraskan pembangunan intelek serta kemahiran abad ke-21.
Copyright © 2025 Faizuddin Centre of Educational Excellence - All Rights Reserved.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.